Pautan Pintar

Piagam Pelanggan

BAHAGIAN PERANCANGAN & HAL-EHWAL KORPORAT

01. Menyediakan laporan prestasi bulanan kewangan anak syarikat dan syarikat bersekutu tidak lewat daripada 15hb bulan berikutnya serta laporan akaun beraudit tahunan       dalam tempoh yang ditetapkan
02. Menyelia, mengurus dan mengeluarkan laporan prestasi bulanan saham-saham portfolio milik pkpp di bursa saham malaysia dan yang diuruskan oleh pengurus dana       tidak lewat daripada 15hb bulan berikutnya
03. Memastikan anak syarikat mematuhi seratus peratus (100%) akta syarikat 2016 dan perlembagaan syarikat
04. Melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh pengurusan pkpp, lembaga pengarah pkpp, lembaga pengarah syarikat dan badan-badan penguatkuasa yang relevan dalam      tempoh tidak lebih dari empat belas (14) hari
05. Memastikan borang-borang berkanun, akaun beraudit syarikat dan dokumen-dokumen yang perlu didaftarkan dengan suruhanjaya syarikat malaysia diserah dalam      tempoh masa yang ditetapkan dalam akta syarikat
06. Menyedia draf perjanjian yang akan ditandatangani oleh pkpp dengan pihak berkaitan dalam tempoh satu bulan
07. Menyemak draf perjanjian yang diterima dari pihak berkaitan dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum dimuktamadkan untuk ditandatangan oleh kedua-dua belah      pihak
08. Memberikan pandangan perundangan mengenai isu-isu yang berkaitan serta menyelaras tindakan perundangan dalam tempoh empat belas (14) hari
09. Membuat kajian dan analisa sebarang cadangan pelaburan baru yang diterima oleh pkpp dalam tempoh masa tiga (3) bulan sebelum keputusan dimaklumkan kepada      pihak berkenaan
10. Menyediakan kertas cadangan pelaburan baru dalam tempoh satu (1) bulan sebelum di bentang di mesyuarat lembaga pengarah

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA

01. Melaksanakan urusan pentadbiran harian lembaga dengan baik dan memuaskan pelanggan
02. Menyediakan ruang bekerja yang selesa dan memuaskan untuk semua kakitangan
03. Memastikan keadaan kebersihan perabot dan sekitarnya berada di dalam keadaan yang baik pada setiap masa
04. Memastikan perkhidmatan sokongan tersedia pada bila-bila masa yang diperlukan
05. Memastikan sebarang pertanyaan dan aduan diambil tindakan dalam masa 24 jam
06. Menyimpan rekod-rekod maklumat kakitangan yang kemaskini dari masa ke semasa dan dapat memaklumkan maklumat yang dikehendaki dalam masa 30 minit

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PROJEK

01. Laporan kemajuan maklumat ladang-ladang lkpp yang diuruskan oleh syarikat-syarikat anak dikeluarkan 3 bulan sekali pada akhir bulan berikutnya
02. Lawatan pengesanan akan dibuat ke atas ladang-ladang lkpp setahun sekali
03. Memberi perkhidmatan terbaik berhubung sistem sistem maklumat berkomputer yang terkini selaras dengan keperluan dan polisi dasar pkpp
04. Menyerahkan hakmilik kepada pembeli-pembeli lot jualan dalam masa sebulan selepas keseluruhan pembayaran selesai
05. Menyediakan maklumat terkini mengenai tanah pkpp dari semasa ke semasa
06. Menguruskan cukai tanah tahunan pkpp sebelum 31 mei, setiap tahun

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PROJEK SOSIAL

01. Menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pentadbiran bahagian termasuk urusan disiplin kakitangan, kebajikan kakitangan, permohonan peralatan, cuti, kursus kelulusan kewangan/belanjawan dan perhubungan awam dengan amanah, cekap, cepat, cermat dan mesra
02. Menjalankan kerja-kerja memproses, menyemak dan mengesahkan semua tuntutan bayaran dalam masa satu minggu sebelum dihantar untuk menjelaskan bayaran
03. Memproses borang permohonan bagi urusan pindahmilik dalam masa tujuh hari
04. Menyelesaikan pindahmilik tanah/saham daripada peserta asal kepada pewaris dalam masa satu bulan
05. Menyerahkan geran kepada peserta yang jelas hutangnya dalam tempoh satu bulan

 

UNIT AUDIT DALAM

01. Membantu pihak pengurusan dan lembaga pengarah di dalam memastikan setiap proses kawalan dan tadbir urus dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan melalui pendekatan  yang sistematik dan berdisiplin bagi mencapai matlamat dengan berkesan
02. Melaksanakan pengauditan sepertimana yang telah diluluskan di dalam rancangan kerja audit tahunan (master audit budget) serta auditan khas yang dipilih/diarahkan
03. Mengemukakan laporan kemajuan unit audit dalam setiap enam (6) bulan
04. Mengemukakan laporan prestasi ladang-ladang setiap 3 bulan
05. Mengemukakan laporan-laporan audit yang merangkumi penemuan-penemuan, syor-syor dan nasihat / pandangan mengenai kawalan dalaman bagi  meningkatkan prestasi sistem yang   dilaksanakan /diluluskan
06. Memastikan aset-aset dikawal / dilindungi daripada sebarang amalan yang luarbiasa

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768 
Dasar Keselamatan| Dasar Privasi | Penafian
Hak Cipta © 2019 PKPP