Pautan Pintas

Soalan Lazim

Bagaimana cara untuk mencari peluang pelaburan bersama PKPP?

Syarikat/individu yang berminat hendaklah mengemukakan surat permohonan bersama profail syarikat dan kertas kerja/cadangan untuk tindakan PKPP.

Bagaimana cara untuk memohon jawatan di PKPP?

Untuk makluman, iklan jawatan kosong akan diiklankan di laman sesawang www.pkpp.gov.my. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PKPP 1 yang boleh diperolehi melalui laman sesawang atau datang sendiri ke PKPP. 

Bagaimana saya ingin membuat permohonan penyewaan bengkel/kilang di Pusat Pertumbuhan Desa (PPD)Kampung Sungai Soi, Kuantan?

Individu/Syarikat Bumiputra yang berminat menyewa di bengkel/kilang di PPD Kg. Sg. Soi boleh menghantar surat rasmi permohonan kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKPP dengan melampirkan profail lengkap syarikat perniagaan, salinan 3 bulan penyata bank terkini serta salinan SSM. Permohonan tertakluk kepada kekosongan yang masih ada, keputusan temuduga pemilihan dan lain-lain syarat serta kelayakan yang ditetapkan oleh PKPP.