Majlis Jamuan Malam Sempena Jubli Emas Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) "Sejarah Dibina, Kegemilangan Tercipta".

Tirai 2020 telah dibuka dengan Majlis Jamuan Malam Sempena Jubli Emas Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) “Sejarah Dibina, Kegemilangan Tercipta”. Majlis yang penuh gilang gemilang ini telah diadakan pada 28 Januari 2020 pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.


Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB. Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKPP iaitu YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, ahli - ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), barisan Ahli Lembaga Pengarah PKPP, Pegawai – Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, bekas - bekas Timbalan Pengurus Besar / Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, bekas - bekas Pengurus Besar / Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, bekas – bekas Pengerusi PKPP, Anggota Perkhidmatan Kumpulan PKPP dan pesara.


Acara kemuncak majlis ialah Pelancaran Pelan Strategik PKPP Bagi Tempoh 2020 – 2025 telah disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Pahang dengan visi “PKPP Peneraju Pertanian Negeri Pahang Menjelang 2025” dan misi “Mengoptimumkan Potensi Pertanian Sebagai Sumber Kekayaan”. Pelan Strategik PKPP ini terdiri daripada 5 Teras Strategik, 10 Strategi dan 51 Program yang mana akan menjadi struktur asas perancangan PKPP bagi tempoh 5 tahun yang akan datang ini.
Seusai Pelancaran Pelan Strategik, majlis diteruskan dengan slot “Jasamu Dikenang” sebagai simbolik penghargaan kepada mereka - mereka yang telah banyak menabur bakti dan jasa dalam membangunkan PKPP sejak dari awal penubuhannya hinggalah kini dalam menjadi peneraju utama perusahaan pertanian di negeri Pahang. Antara yang menerima cenderahati penghargaan tersebut ialah:-


Bekas Timbalan Pengurus Besar / Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKPP
Tuan Haji Abdul Halim bin Ngah; dan
Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdullah


Bekas Pengurus Besar / Ketua Pegawai Eksekutif PKPP
YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Haji Hassan, SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP;
Y.H. Dato' Abdul Hadi bin Dato' Haji Ibrahim, DIMP;
Y.H. Dato' Haji Md Adnan bin Sulaiman, DIMP., SAP dan
Y.H. Dato' Indera Haji Wan Bakri bin Wan Ismail, SIMP., DSAP., DIMP.,AMP.,PKT.


Bekas Pengerusi PKPP
Dato' Sri Hasan bin Arifin, SSAP., DSAP; dan
Y.B. Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, SDSA., SSAP., DSAP., DGSM
Di samping itu, para tetamu turut dijamu dengan hidangan halwa telinga iaitu persembahan nyanyian lagu oleh Kumpulan Kior PKPP dan Kombo Band daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).