Kejohanan Golf Mesra Sempena Sambutan Jubli Emas PKPP

Sebagai salah satu pengisian sambutan ulang tahun ke 50 Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, satu acara yang diberi nama Kejohanan Golf Mesra Sempena Sambutan Jubli Emas PKPP telah dirancang dan dilaksanakan pada 25 Januari bertempat di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan. 

Jemputan penyertaan bagi kejohanan ini adalah dikalangan Ahli Lembaga Pengarah PKPP yang diketuai oleh Menteri Besar Pahang (YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail), ketua-ketua Jabatan di Negeri Pahang serta kalangan individu daripada organisasi terpilih. Jumlah penyertaan yang diterima adalah seramai 60 orang.